Showing posts with label Manca. Show all posts
Showing posts with label Manca. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

Maria Farida tidak nafikan dirinya seksi

Manca - Maria Farida mengakui walaupun usianya meningkat tapi seksi itu bagi dirinya adalah amat penting. Dan buat masa ini masih lagi mengekalkannya ditambah awet mudanya yang begitu memperosonakan.

“Dari dulu sampai sekarang, isu seksi ini memang melekat dengan diri saya. Seksi ini sebenarnya subjektif kepada pandangan mata yang menilai. Saya pakai apa pun, tetap dikaitkan dengan isu seksi. Walaupun saya berjubah, berbaju kurung dan sebagainya, orang tetap melabel saya sebagai seorang yang seksi”


“Jadi sukar untuk saya menjawab isu seksi ini kerana pada pandangan saya, lebih ramai artis perempuan lebih seksi daripada saya. Orang dulu-dulu rasanya lebih ‘daring’ daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan”

HOT

Wanita Diserang Hanya Kerana Minta Tukar Tempat Duduk




“Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja,” jelasnya kepada BH Plus. 


http://www.pautan.net/maria-farida-tidak-nafikan-dirinya-seksi-17-gambar-pautan-net/

Almy Nadia: Janganlah Kacau Rumah Tangga Aku

Manca - Hari ini kecoh juga dunia hiburan apabila wujudnya dakwaan yang pelakon popular, Fizz Fairuz cuba menggoda pelakon muda bernama Fara Mendoza melalui aplikasi WeChat — tersebar luas screenshot perbualan mereka.
Fizz Fairuz sendiri sudah pun keluarkan kenyataan yang beliau tidak mengenali siapakah gadis tersebut tetapi Fara Mendoza memberikan kenyataan mengesahkan yang mereka sebenarnya saling mengenali dan pernah berjumpa.

Melalui satu kemaskini terbaru (yang kini sudah dipadam) di Instagram, isteri kepada Fizz Fairuz iaitu Almy Nadia menulis ayat menyindir Fara Mendoza sebagai seorang yang sedang mencari publisiti murahan kerana status kurang popularnya.

Kemaskini tersebut turut diiringi hashtag #jangankacaurumahtanggaaku yang kami kira sebagai satu amaran buat Fara Mendoza dari Almy Nadia sendiri.
Walaupun status tersebut sudah dipadam Almy Nadia, namun kami dapat rasakan yang pelakon ini turut sedih dan terkilan dengan pendedahan yang dibuat oleh Fara Mendoza dan berharap semua ini sebagai tidak benar. Bertabahlah Almy Nadia. (rtky/m)

HOT  Pelakon Baru, Fara Mendoza Dedah Digoda Fizz Fairuz

 http://babab.net/out/pelakon-baru-fara-mendoza-dedah-digoda-fizz-fairuz.html

Pelakon Baru, Fara Mendoza Dedah Digoda Fizz Fairuz

PETALING JAYA – Gara-gara tidak tahan dengan sikap pelakon Fizz Fairuz, aktres baharu Fara Mendoza tekad mendedahkan sikap Fizz yang cuba memikatnya menerusi perbualan menerusi aplikasi sosial WeChat.

Fara Mendoza, 25, berkata, niat sebenar dia mendedahkan perbualan tersebut supaya aktor itu sedar dan berhenti daripada terus mengumpannya dengan wang ringgit dengan tujuan yang tidak baik.

“Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar.

“Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati saya,” ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Fara berkata demikian ketika diminta mengulas tentang paparan skrin perbualannya bersama aktor Fizz Fairuz yang menjadi viral di blog-blog hiburan dan laman sosial pagi Selasa.

Bagaimanapun, Farah menyedari tindakannya itu sebagai satu kesilapan selepas diberitahu oleh rakannya Emma Maembong selang beberapa minit dia memuat naik statis berkenaan di WeChat.

“Saya muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya Emma Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan kontroversi.

“Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip itu,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang perkenalannya dengan aktor itu, Fara berkata, dia mengenali Fizz ketika menemani Emma Maembong di lokasi penggambaran drama Hantu Rumah Sakit Jiwa.

Kata Fara, dia sendiri tidak tahu bagaimana pelakon lelaki itu mendapatkan akaun WeChat miliknya.

“Saya kenal dia ketika menemani Emma Maembong di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Micheal Ang. Fizz Fairuz juga berlakon dalam drama tersebut.

“Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi,” ujarnya.

Baca Juga Mana Betul? Fara Akui Diganggu Tapi Fizz Fairuz Cakap Tak Kenal


Fara sebelum ini ada membintangi beberapa filem dan telefilem antaranya Stiletto Merah, Projek Memikat Suami dan Suamiku Encik Sotong.

Fizz Fairuz sebelum ini pernah mengejutkan dunia hiburan selepas bertunang dengan individu yang dipercayai isteri orang sebelum dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Almy Nadia.

Sementara itu, mStar Online cuba menghubungi Fizz Fairuz untuk mendapatkan penjelasan dan dia meminta untuk menghubunginya kemudian. – Mstar

Wanita Diserang Hanya Kerana Minta Tukar Tempat Duduk

China – Hanya kerana diminta menukar tempat duduk, seorang pekerja keretapi telah diserang oleh satu keluarga hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan luka, calar dan lebam.

Pekerja wanita itu yang tidak mendedahkan namanya berkata, 12 ahli keluarga tersebut bertindak demikian selepas mereka diminta berpindah ke tempat duduk yang lain dalam keretapi laju atas alasan keselamatan.

Ketika itu mereka dalam perjalanan dari stesen Changsa ke Nanchang.

Menurut pekerja terbabit yang memuatnaik dalam media sosial, penumpang tersebut tidak memberikan kerjasama kepadanya lalu mereka mula memaki hamunnya.

Mereka kemudiannya mula memukulnya dan konduktor dalam keretapi laju itu.

Wanita itu berkata, selepas kejadian tersebut, majikannya melepaskan penumpang terbabit tanpa mengambil keterangan mereka manakala dia pula diminta tidak membuat laporan kepada polis.




Baca Juga [MESTI BACA] Mana Betul? Fara Akui Diganggu Tapi Fizz Fairuz Cakap Tak Kenal







Dia juga diminta bercuti dan diberikan wang hanya 200 yuan untuk rawatan.



Bengang dengan keadaan itu, wanita tersebut telah menulis dalam media sosial dan ia kemudiannya dibaca lebih 500,000 kali.

http://infoterbaru1malaysia.blogspot.com/2015/08/mesti-tengok-wanita-diserang-hanya.html

[MESTI BACA] Mana Betul? Fara Akui Diganggu Tapi Fizz Fairuz Cakap Tak Kenal

SUSULAN kontroversi yang melanda pelakon drama terkenal, Fizz Fairuz apabila dia dikatakan cuba menggoda seorang aktres baru, cerita tersebut nampaknya tak terhenti di situ apabila gadis berkenaan tampil menceritakan secara terperinci dakwaannya itu.

Bakat baru yang bernaung di bawah pengurusan MIG, Fara Mendoza berkata, tindakan mendedahkan perkara itu dibuat setelah dia tidak tahan lagi kerana asyik diganggu, malah turut mengakui Fizz ada menawarkannya beg berjenama.



Katanya seperti dilaporkan MStar, “Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar.

“Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati saya.”

Walau bagaimanapun, Fara menyedari bahawa tindakannya berkongsi screen captured tersebut bukan tindakan bijak setelah dinasihati oleh rakannya yang juga pelakon Emma Maembong.

“Saya muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya Emma Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan kontroversi. Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip itu.”

Menyingkap pula cara mereka berkenalan, Fara berkata, mereka bertemu ketika dia menemani Emma di set penggambaran drama arahan Micheal Ang, Hantu Rumah Sakit Jiwa.


“Saya kenal dia ketika menemani Emma Maembong di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Micheal Ang. Fizz Fairuz juga berlakon dalam drama tersebut.

“Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi.”

Wah! Memang betul-betul panas kan pengakuan yang dibuat oleh Fara ni. Tapi lain pula kisahnya apabila cerita ini disogokkan kepada empunya diri, Fizz Fairuz.

Bercakap kepada Berita Harian, Fizz yang juga tonggak filem Mat Tudung menafikan bahawa dia pernah mengenali gadis tersebut.

Walau bagaimanapun, dia mengakui memiliki akaun Wechat, namun berkata, akaun yang disebarkan itu bukanlah miliknya.

Jom kita baca kenyataan dari Fizz sendiri.

“Saya memang tak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali wanita itu. Cerita itu memang tak munasabah langsung. Cuma saya kurang pasti apa motif dia buat begitu. Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu. Kalau nak cerita diri saya sendiri dahulu memang saya jahat dan nakal tetapi kini dengan status sekarang tak perlulah nak cuba memporak-perandakan hidup saya.

“Kalau saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya berkawan itu perkara normal. Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita sebegini. Saya juga tak kisah orang nak kata dan pandang apa kepada saya. Memang ada yang tak kena mengena pun cuba nak mewujudkan unsur provokasi bukan bukan apabila timbul isu sebegini.

“Kalau saya buat salah, tak mungkin saya akan sewenang-wenangnya angkat panggilan telefon wartawan. Jadi memang tak ada apa yang nak saya sembunyikan.”

Jadinya, rumusan daripada cerita 2 penjuru mereka berdua ini, kenyataan yang terbit dari pihak Fizz dan Fara amat kontra sama sekali. Persoalannya, mana satu yang betul?

Majlis Cukur Jambul Anak Fizz Fairuz dan Almy Nadia.

Apa-apapun, sikap yang dipaparkan Almy Nadia dalam berhadapan dengan kontroversi ini harus dipuji apabila dia mengambil pendekatan meminta isu ini diselidiki terlebih dahulu.

Selain itu, dia yang baru sahaja melahirkan anak sulung turut meminta agar pihak media bertanya sendiri kepada Fizz dan wanita berkenaan tentang gosip tersebut.

“Saya hanya tergelak apabila membaca cerita itu. Saya nak buat apa setakat ini kerana selagi suami tidak menjelaskan perkara sebenar… saya tak boleh beri komen lebih. Tapi kita tak boleh cepat buat kesimpulan dalam hal sebegini kerana dunia teknologi sekarang memungkinkan apa sahaja terjadi untuk menjatuhkan maruah mahupun memporak-porandakan hidup orang.”

Tak mengapalah, orang cakap, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Kita tunggu dan lihat saja, siapa yang bersalah dalam hal ini… – MYNEWSHUB.CC